CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, August 23, 2009

pergi buat selamanya...

aku fikir dia akan bersamaku selamanya.. tapi akhirnya dia pergi meninggalkan aku bersama kenangan manis ketika kami bersama dulu. aku tidak pernah terfikirkan perasaan cinta ini datang bersamaku, akhirnya aku dapat merasainya juga, tapi bukan untuk selamanya tapi hanya secuit waktu. mungkin inilah yang dikatakan bukan jodoh yang ditakdirkan buatku. aku rehda dan pasrah walau apapun dugaan yang mendatang. sewaktu pengenalan ku bersamanya, terkadang aku tidak terfikir akan mencintainya sehingga ke hari ini walaupun aku tidak bersamanya lagi. aku cuba untuk melupakannya, tapi hati ini sering membisikkan kata-kata cinta ke gegedang telingaku. aku cuba untuk melupakannya tapi entahlah kenapa hati ini sukar untuk melupakannya. aku tahu, dia adalah kekasih pertama aku, tapi salahkah jika aku diberi peluang kedua untuk mencintai dan dicintai lagi. aku cuba untuk mendekatkan diri dengan wanita lain, tapi perasaan itu tidak pernah hadir walau segelumit. hanyalah perasaan seorang teman dan sahabat. sewaktu kami bersama dulu, memang aku kurang memberikan perhatian kepadanya, tapi berilah aku waktu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, kerana ini adalah cinta pertamaku.. tapi dia seolah-olah tidak mengerti. aku tahu dia pernah mencintai dan dicintai oleh lelaki lain, dan mungkin dia mengharapkan aku sama sepertimana mereka pernah melayaninya. tapi aku masih terkontang-kanting dengan keadaan ini dan perlu membiasakan diri terlebih dahulu. waktu terus berlalu, dan akhirnya suatu malam yang aku fikir tenang dan mendamaikan rupanya bencana kepadaku. malam itu juga la dia mengungkapkan kata-kata keramat yang dia tidak ingin bersamaku lagi dan ingin mengakhiri segalanya. aku seolah-olah terbang di awangan kerana fikiranku melayang. aku seperti tidak berdaya untuk memujuknya dan hanya pergi begitu saja. selepas kejadian itu, aku dan dia sering bertemu juga, tapi seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. dan kami mula berkawan seperti orang lain, walaupun tanpa hadirnya hubungan cinta antara kami. lama kelamaan aku terkadang ingin bersamanya lagi, tapi dia mengatakan kepadaku yang keluarganya tidak menyetujui hubungan kami. kenapa baru sekarang dia memberitahu aku?? kenapa tidak dari dulu?? adakah dia saja mempermainkan perasaanku atau dia dicabar oleh kawan-kawannya untuk dekat dengan aku. yang aku pasti semua persoalan itu, hanya bisa di jawab olehnya. dalam setahun lebih kami berpisah dari perasaan cinta dan hanyalah persahabatan yang terjalin antara kami, dengan pada itulah juga dia sering bertanyakan soalan yang sama kepadaku, bila aku ingin bersama orang lain lagi dan menggantikan tempatnya disisi ku. jawapan ku, biarlah waktu dan tuhan yang menentukan segalanya. aku hanya menerima seadanya. lagipun buat masa ini, pintu hatiki tertutup serapatnya. aku bertanya soalan yang sama, dan dia menjawab perkara yang sama sepertiku.. dan akhirnya baru-baru ini aku dapat tahu dia sudah berpunya. mungkin kini dia bahagia bersama lelaki yang ada di hatinya. aku hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang mereka akan bahagia selamanya..... amin... hanya satu yang aku pinta darinya, jangan cepat percaya kata-kata orang sehingga mengundang hubungan yang retak akhirnya...

maafkan aku jika buat masa ini aku membencimu sedalam-dalam hatiku,
bukan cemburu yang menyebabkan aku berperasaan seperti ini,
tapi kau yang memulakannya dulu,
selama ini kata-kata yang kau ucapkan hanyalah sandiwaramu semata-mata,
terima kasih aku ucapkan kerana berjaya melukakan hatiku...
semoga kau berbahagia hendaknya...

Saturday, August 15, 2009

tak paham ngn keadaan sekeliling..

kawan, sahabat, teman, dan rakan..
smua tu mksud yang sma.. tpi di sebalik smua tue, sbenarnya smua tue xsma bagi ku.. yg aq tau smua tue brmaksud dekat dengan ku.. tpi aq sndri xphm n xmengerti apa tujuan mereka ade di sekeliling ku?? kenapa mereka harus wujud??apa kepentingan mereka terhadap kehidupan ku?? bolehkah aq hidup tanpa mereka?? bisakah aq menjalani kehidupan ini berseorangan?? aq rsa xboleh.. mungkin sebab tu tuhan takdirkn aq di pertemukan bersama mereka untuk mengharungi liku2 kehidupan ini.. tpi sedang aq merapatkn diri dengan mereka, seolah2 aq tidak diperlukan.. ataupun hanya aq yg berfikir seperti itu..?? entah la.. pning memikirkn hal2 seperti ini..
ingin ku katakn hal ini tidak penting, tak boleh jgk.. sebab mereka adalah owg yg paling rapat selepas ibu n familz ku.. mereka la tempat aq mencurahkan seronok, gembira, sedih, geram , sakit ati n mcm2 lg arr.. tpi terkadang mereka sendri tidak mengerti atau pura untuk tidak mengerti..